Casagrande Perlukan Bantuan Di Negeri Sembilan
Liga Super
NSFC1923
Advertisements

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menyatakan rasa kagum terhadap aksi yang dipamerkan oleh pemain import Negeri Sembilan, Casagrande namun yakin pemain itu masih perlu dibantu.

Beliau yang pernah menyarung jersi Melaka dan Penang diberi peranan oleh K. Devan untuk mengemudi jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin.

Pemain berusia 37 tahun ini jelas memanfaatkan kelebihan fizikal yang dimilikinya untuk membantu serangan Negeri Sembilan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Sathianathan merasakan bahawa pemain tersebut kurang diberi bantuan tatkala pasukan mahu memanfaatkan kebolehannya menerima hantaran jauh.

“Kita tahu Casagrande memiliki kelebihan fizikal dan mereka ada pemain seperti Herold Goulon dan Safuwan Baharudin yang boleh bermain hantaran jauh.”

“Tak ramai pertahanan di Malaysia boleh menandingi kehebatan Casagrande namun sokongan daripada pemain lain lambat tiba buatnya dan ini menjadi kelemahan buat Negeri Sembilan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau telah pun menjaringkan 3 gol dan mencatat satu bantuan gol selepas 5 perlawanan musim ini sekaligus melebarkan rekod kepada 54 jaringan sepanjang beberapa musim di Malaysia.

Negeri Sembilan bakal berkunjung ke Kelana Jaya bagi menghadapi cabaran Selangor esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram