Cekap Dan Pantas, Perak FC Kini Sah Bebas Dari Sekatan FIFA
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Para penyokong Perak FC kini boleh menarik nafas lega apabila pasukan kesayangan mereka disahkan sudah bebas dari segala hutang yang membelenggu pasukan itu sejak tahun lalu.

Pihak pengurusan Perak FC sudah menerima e-mel dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menyatakan bahawa badan induk bola sepak dunia itu telah menarik balik larangan perpindahan ke atas Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

Advertisements

“Agenda ini adalah keutamaan kami, untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain yang berkaliber. Malangnya, penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata.

“Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya serta melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya kepada Sukan Utusan.

Dalam pada itu, Abdul Azim mengingatkan semua pihak supaya tidak lupa jasa serta, usaha gigih pemain muda yang telah sudah berusaha semaksima yang mungkin pada sesi pertama liga musim ini walaupun pelbagai masalah yang hadir.

Advertisements

Perak FC kini sedang dalam proses untuk menandatangani tiga pemain import bagi menambah kekuatan pasukan itu yang sedang bergelut di dalam zon penyingkiran namun segalanya tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram