Cemerlang Bersama PJ City, Nilai Pasaran Darren Lok Naik Mencanak
Liga Super
PJ City FC
Advertisements

Kelibat penyerang pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok pastinya menjadi perhatian ramai musim ini. Disebalik lambakan penyerang import dalam liga, Darren telah membuktikan dirinya mampu bersaing dalam carta penjaring terbanyak musim ini.

Sehingga kini, Darren sudah berjaya meledak tujuh gol dalam sembilan penampilan. Di mana lima gol berjaya dijaringkan dalam saingan Liga Super manakala lagi dua jaringan berjaya dicetak dalam saingan Piala FA.

Disebabkan peretasi memukau Darren bersama PJ City musim ini, nilai pasaran beliau disahkan naik mendadak seperti yang dilaporkan dalam laman transfermarkt.

Advertisements

Pada November tahun lalu, nilai pasaran Darren adalah sekitar RM 349,000 namun selepas mengharungi musim terbaik beliau di PJ City, nilai pasaran Darren kini meningkat kepada RM 581,000. Ini bermakna nilai pasaran Darren mengalami peningkatan sebanyak RM 232,000 jika dibandingkan dengan tahun 2021.

Nilai pasaran terkini Darren ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh beliau sejak memulakan karier bolasepak profesional. Kini Darren bersama dengan skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar dan Hong Kong sebelum melalui pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil bulan hadapan.

Tidak mustahil harga pasaran Darren akan terus mengalami peningkatan jika beliau mampu meneruskan aksi konsisten bersama PJ City serta menyerlah dalam skuad kebangsaan yang kini dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram