CEO ‘Kelab Utara’ Ditangkap Reman Disyaki Terbabit Kes Rasuah
Komuniti
Gambar Hiasan / PixaBay – Geralt
Advertisements

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan bola sepak sebuah negeri di utara tanah air difahamkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah disyaki meminta dan menerima rasuah.

Beliau menjadi salah seorang antara empat individu yang ditahan oleh SPRM kerana disyaki meminta serta menerima rasuah lebih daripada RM6 juta.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Buletin TV3, suspek tersebut difahamkan merupakan lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Advertisements

Mereka telah ditahan sekitar jam 5.00 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi memberikan keterangan.

Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor telah mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan telah terhadap keempat-empat suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Wang tersebut difahamkan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak sebagai balasan kerana telah membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan.

Advertisements

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap keempat-empat suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram