CEO Tampil Jelaskan Situasi Sebenar KL Rovers
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL Rovers, Aznor Dzulkarnain Idris menafikan pasukan itu akan dijual bagi membantu situasi kewangan pasukan lain.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena semalam.

Penafian ini dibuat selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Khalid Samad sebelum ini memaklumkan bahawa KL Rovers akan dijual.

Advertisements

Hasil jualan pasukan itu bakal digunakan bagi membantu satu lagi pasukan berpangkalan di Kuala Lumpur, KL City FC yang ketika ini berdepan isu kewangan.

Aznor menyifatkan kenyataan tersebut bukan saja mengelirukan. Malah, ini membuatkan pelabur baru merasa bimbang untuk menanam modal bersama pasukan itu.

Advertisements

“Kami juga sentiasa bercadang untuk membuka peluang (kepada pelabur) untuk menjadi pemegang saham dalam syarikat. Jadi, kita sudah ada (pelabur) dari luar yang (berminat beli) saham syarikat.

“Sudah ada (pelabur) yang menunjukkan minat positif. Cuma disebabkan beberapa isu luar contohnya KL Rovers dijual untuk membantu pasukan lain, memberi sedikit persoalan kepada pelabur sedia ada dan berpotensi (untuk pasukan),” katanya.

Advertisements

Aznor mengakui disebabkan kenyataan itu, ini sedikit sebanyak menggugat perancangan KL Rovers terutama jika dipilih ke Liga Super musim 2024-2025.

“Sudah tentu, kalau tanya dengan saya sampai hari ini, pelabur-pelabur (dan) kawan-kawan lain pun bertanya, ‘Betul ke KL Rovers akan dijual?’ Tujuan penjualan kita hanya melibatkan saham syarikat dan bukan penjualan seluruh syarikat itu.

Advertisements

“Kalau itu kita buat, kita langsung takkan ganggu. Kita jual saham syarikat agar syarikat itu dapat terus berkembang dan bergerak,” katanya.

KL Rovers muncul naib juara Liga M3 musim 2023. Dengan Kelantan FC tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim 2024-2025, KL Rovers dilaporkan berada pada kedudukan terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pasukan Pantai Timur itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram