Selepas mempamerkan aksi yang konsisten dalam beberapa aksi bersama skuad kebangsaan Malaysia, khabar angin mula bertiup kencang selepas dikatakan kelab BG Pathum United sedia melamar 2 pemain utama skuad Harimau Malaya.
2 pemain yang sedang hebat dikaitkan dengan cerita itu beraksi dibahagian kiri dan kanan pasukan Malaysia, dimana impak kedua-dua telah berjaya membantu skuad Kim Pang-gon untuk berjaya layak ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023 nanti.
Difahamkan juga, 2 pemain itu sememangnya telah menambat beberapa perhatian kelab-kelab dari luar negara sejak beberapa tahun lalu, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu ia tidak menjadi kenyataan.
Asia Timur Juga Sudah Mula ‘Roger-Roger’
Kami juga ada menerima beberapa mesej pesanan dari beberapa orang di Asia Timur yang mahu membawa pemain-pemain ini beraksi di liga mereka dan mahu berhubung terus dengan kelab bagi melakukan perbincangan.
Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk pemain-pemain ini mendapat pendedahan serta pengalaman beraksi diluar negara sebagai ‘persiapan’ untuk berentap dalam perlawanan-perlawanan bertaraf tinggi di Piala Asia 2023 nanti.

Malahan ada juga beberapa jenama antarabangsa yang berminat untuk membantu pemain-pemain ini melebarkan sayap ke saingan liga lebih berkualiti dengan cara lebih baik dari apa yang berlaku sebelum ini.
Walaupun mungkin ada yang berpandangan sinis mengenai perpindahan pemain Malaysia ke liga diluar negara yang tidak ‘meletup’ tetapi kita perlu sentiasa memberikan sokongan untuk pemain-pemain lain terus mencuba sehingga kita mencapai tahap yang boleh dikategorikan sebagai berjaya.
Siapakah 2 pemain tersebut yang ada dalam fikiran anda selepas aksi bersama skuad kebangsaan tempoh hari?