Ads
MFL
Kuching City FC

Peluang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjulang satu trofi musim ini sah tertutup selepas disingkirkan Kuching City FC dalam aksi suku akhir kedua Challenge Cup.

Advertisements

Selepas tewas 1-0 di Kuching pada 19 September lalu, anak-anak buah Nafuzi Zain perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Darul Aman hari ini jika mahu layak ke separuh akhir.

Advertisements

Sementara Il Gatto pula mahu meraih kemenangan kedua di bawah bimbingan bekas jurulatih Sang Kenari, Aidil Sharin Sahak.

Advertisements

Advertisements

Dan pelawat tidak menunggu lama berada di hadapan menerusi penjaring terbanyak mereka, Abu Kamara pada minit kesembilan.

Tuan rumah bernasib baik apabila percubaan Kamara seterusnya pada minit ke-20 berjaya ditepis penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Advertisements

Tugas Kedah makin sukar apabila dipaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-33. Kelebihan agregat 2-0 Kuching City dipertahankan sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Sang Kenari terus berusaha mencari gol tetapi setiap percubaan mereka tidak berhasil.

Sebaliknya, Il Gatto pula menambah kelebihan dua gol mereka di Stadium Darul Aman menerusi Pedro Henrique pada minit ke-72.

Henrique menerima hantaran jauh Petrus Shitembi sebelum berjaya menewaskan Kalamullah untuk gol keduanya musim ini.

Penyerang Timor Leste itu menamatkan sisa perjuangan Kedah dengan gol ketiga perlawanan pada minit ke-88. Ini sudah cukup untuk mereka mara ke separuh akhir dengan agregat 4-0.

Keputusan ini menyaksikan Kuching City menanti sama ada Kelantan FC atau Kelantan United FC di pentas separuh akhir Challenge Cup.

Advertisements

Dengan Kedah tersingkir dari Challenge Cup, satu-satunya objektif musim ini yang boleh dicapai ialah memburu slot AFC yang ketika ini dihuni Selangor di tangga kedua Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram