Advertising
Challenge Cup: Ketiadaan Safuwan Baharudin Tak Jejas Pelan Selangor
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi percaya ketiadaan Safuwan Baharudin tidak menjejaskan perancangan pasukan itu menjelang aksi final kedua MFL Challenge Cup.

Kapten Merah Kuning itu terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas dilayangkan kad merah dalam aksi final pertama pada 15 Februari lalu.

Ad

Meskipun dipaksa beraksi dengan 10 pemain, Selangor memiliki kelebihan satu gol. Ini kerana mereka meraih kemenangan 3-2 ke atas PDRM FC menerusi dua gol Alvin Fortes dan Ali Olwan.

Ad

Kinoshi melihat ketiadaan bek tengah Singapura itu tidak akan menjejaskan perancangan pasukan itu. Ini kerana beliau percaya tugas memimpin pasukan mampu digalas oleh pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine.

“Sejujurnya, saya belum putuskan lagi. Tapi saya pilih untuk membawa Nooa (Laine) ke sini dan menjadi kapten,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Beliau akan menggantikan Safuwan. Tapi macam saya beritahu anda dalam aksi final pertama, semua orang boleh mendapat lilitan kapten.

Ad

“Semua orang boleh menjadi kapten bila anda berada di atas padang atau di luar padang. Kapten itu merupakan satu posisi dan semua orang memiliki tanggungjawab untuk menggalasnya.”

Ad

Selangor berharap dapat mempertahankan kelebihan agregat 3-2 pada 22 Februari ini untuk memenangi trofi pertama mereka dalam tempoh 10 tahun.

Kali terakhir Merah Kuning bergelar juara ialah 2015 menerusi gelaran juara Unifi Piala Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments