Advertising
Challenge Cup: “Selangor Berpeluang Tamatkan Kemarau Trofi” – Katsuhito Kinoshi
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi percaya aksi final MFL Challenge Cup dilihat medan terbaik untuk menamatkan kemarau trofi pasukan itu.

Sejak menjulang trofi Unifi Piala Malaysia pada 2015, Merah Kuning bergelut untuk mengulangi kejayaan meraih trofi di peringkat domestik.

Ad

Meskipun berjaya sampai ke final beberapa kejohanan termasuk yang terbaru, Piala FA 2024, Selangor masih tidak mampu mengakhiri kemarau trofi mereka.

Ad

Atas sebab itu, Kinoshi melihat aksi final MFL Challenge Cup sebagai satu peluang buat Selangor melakar sejarah.

Ini kerana selain menamatkan kemarau trofi pasukan itu selama satu dekad, ini juga peluang Selangor menjuarai semua piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Ad

“Kita mesti faham bahawa kita bakal mengalami satu peristiwa yang cukup penting. Dan kini kita berpeluang mencipta sejarah kita sendiri,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Kita ada peluang untuk mengubah sejarah (menamatkan kemarau trofi) pasukan Selangor. Jadi, kita mesti faham tentang perkara ini di mana kita perlu memiliki keazaman (untuk mendapatkannya).

Ad

“Kita mesti ada keinginan untuk membina sejarah pasukan Selangor demi masa hadapan. Bukan saja untuk rakan-rakan tetapi juga semua orang yang berjuang dan menyokong Selangor.”

Merah Kuning bakal menghadapi PDRM untuk aksi pertama final MFL Challenge Cup di Stadium MBPJ pada 15 Februari. Ini disusuli aksi final kedua di Selayang pada 22 Februari.