Challenge Cup: Senarai Aksi Separuh Akhir 2, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
MFL

Selepas tamat aksi suku akhir Challenge Cup musim ini saingan tersebut bakal menyajikan aksi yang lebih menakjubkan pada peringkat separuh akhir.

Empat pasukan sah mara ke peringkat separuh akhir MFL Challenge Cup musim 2025/26. Pasukan-pasukan tersebut ialah Perak FA, Penang FC, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) dan Sabah FC.

Separuh akhir pertama menyaksikan Perak FA terikat tanpa jaringan bertemu Sabah manakala Penang menang besar ketika menumpaskan Kelantan TRW dengan keputusan 5-2 di Stadium MP Selayang.

1 – Sabah vs Perak

Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 9.15 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2 – Penang vs Kelantan TRW

Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2