Challenge Cup: Senarai Aksi Separuh Akhir, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
Perak FA

Selepas tamat aksi suku akhir Challenge Cup musim ini saingan tersebut bakal menyajikan aksi yang lebih menakjubkan pada peringkat separuh akhir.

Empat pasukan sah mara ke peringkat separuh akhir MFL Challenge Cup musim 2025/26. Pasukan-pasukan tersebut ialah Perak FA, Penang FC, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) dan Sabah FC.

Perak FA menewaskan UM-Damansara 4-2 secara agregat, manakala Sabah, Kelantan TRW dan Penang turut menumpaskan lawan masing-masing iaitu PDRM, Imigresen & Kelantan RW di peringkat suku akhir.

1 – Kelantan TRW vs Penang FC

Tarikh: 3 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2 – Perak FA vs Sabah FC

Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena Bola