Chanathip Songkrasin Undur Diri Dari Skuad Piala AFF
Dunia
jaychanatip
Advertisements

Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin telah mengesahkan bahawa beliau akan mengundur diri dari skuad Piala AFF bagi edisi 2022.

Hal ini disebabkan masalah kecergasan yang dialaminya itu menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan untuk berehat seketika dari aksi antarabangsa bersama pasukan kebanggsaan Thailand. 

Menurut Asean Football, pemain berusia 28 tahun ini turut akan terlepas aksi King Cup dan siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang bakal dijalankan. 

Advertisements

Chanatip Songkrasin merupakan nadi utama pasukan Thailand ketika menjadi Juara bagi edisi Piala AFF 2020 yang lalu. 

Pemain Kawasaki Frontale ini turut menjadi watak penting buat pasukan Thailand untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi saingan peringkat kelayakan pusingan ketiga temasya Piala Asia 2023.

Ketiadaan ‘Messi Thailand’ ini dalam saingan AFF 2022 bakal memberi ruang buat barisan pemain muda Thailand yang lain untuk mempamer bakat sebenar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram