Chanatip: Saya Pentingkan Diri
Dunia
Changsuek
Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui beliau agak pentingkan diri tatkala pasukannya tewas kepada Malaysia semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-13 akibat kecederaan.

Dalam satu temubual, bintang yang berkelana di Jepun ini memaklumkan bahawa beliau sememangnya beraksi dalam keadaan cedera.

Advertisements

Namun begitu, azam untuk membantu pasukan berdepan Harimau Malaya tidak bertahan lama selepas beliau tidak dapat meneruskan permainan.

Katanya, beliau merasai kesakitan pada bahagian pangkal ketika bermain dan mahu memeriksa segera keadaan sebenar kakinya.

“Saya merasa sakit (pangkal peha) ketika bermain.”

Advertisements

“Saya rasa ada bahagian yang koyak tetapi saya belum pasti.”

Beliau juga memohon maaf kepada penyokong Thailand yang turun membanjiri stadium dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka.

“Saya memohon maaf kepada semua yang hadir kerana saya rasa saya seorang yang pentingkan diri,” jelasnya.

Advertisements

Malaysia berjaya melangkah ke final untuk berdepan Tajikistan sambil Thailand akan turun menentang Trinidad & Tobago bagi penentuan tempat ke-3 dan 4.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram