Chelsea Terima Habuan RM94 Juta Selepas Bantu Real Madrid Juarai UCL

Hazard UCL Chelsea Terima Habuan RM94 Juta Selepas Bantu Real Madrid Juarai UCL
Real Madrid
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Juara Eropah tahun lalu, Chelsea FC dilaporkan menerima sejumlah wang kira-kira RM 92 Juta selepas membantu Real Madrid menjuarai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pasukan gergasi London itu difahamkan menerima jumlah wang tersebut hasil daripada penjualan pemain bintang mereka, Eden Hazard ke kelab Sepanyol itu kira-kira 3 tahun lalu.

Dalam perjanjian kontrak Hazard tersebut, Real Madrid telah pun menjanjikan sejumlah wang bonus sekiranya pemain kebangsaan Belgium itu berjaya membantu pasukan untuk menjuarai UCL buat kali ke-14.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Real dengan yuran perpindahan sekitar 100 Juta Euro telah berjaya meraih 2 kejuaraan liga dan pelbagai kejuaraan lain.

Kini, beliau sekali lagi membantu pasukan kendalian Ancelotti untuk menewaskan Liverpool pada perlawanan akhir itu dengan keputusan 1-0.

Sungguhpun tidak beraksi pada perlawanan tersebut, perjanjian yang telah dipersetujui itu telah memberi keuntungan kepada Chelsea untuk menerima dana tambahan menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Ini juga merupakan jumlah yang lebih besar diterima oleh Liverpool selepas menjuarai Piala Carabao dan juga Piala FA.

Kini, impian Hazard untuk menjuarai UCL akhirnya tercapai.