Advertising
Chris Wood Ramal Masa Depan Harimau Malaya Cerah
Harimau Malaya
MakanBola
FAM/NZALLWHITES

Penyerang Liga Perdana Inggeris, Chris Wood meramalkan Harimau Malaya memiliki masa depan yang cerah.

Pemain berusia 32 tahun itu kini beraksi buat Nottingham Forest di EPL dan menjadi antara salah seorang penyerang yang digeruni di England.

Ad

Beliau masuk selaku pemain gantian ketika The All Whites menewaskan skuad bimbingan Pau Marti dengan keputusan 4-0 dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA di Auckland.

Ad

Beliau melihat aksi separuh masa pertama New Zealand berjaya dikekang lawan namun jurang kualiti telah mengubah keputusan perlawanan pada babak kedua.

“Mereka (Malaysia) menunjukkan persembahan bagus pada separuh masa pertama, mencetuskan banyak masalah dan kerap melancarkan serangan balas ke atas kami. 

Ad

“Pada akhirnya, cuaca memberi kelebihan kepada kami dan kita bermain dengan bagus untuk memenangi perlawanan itu,” tambahnya.

Ad

Wood juga mengesan beberapa pemain yang memiliki potensi besar dalam skuad Harimau Malaya.

Ad

“Secara jujurnya, saya tak ingat nama-nama mereka. Tapi saya ingat beberapa bulan lalu, terdapat beberapa pemain yang bagus dalam pasukan itu,” katanya kepada Stadium Astro.

Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia dan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selain bakal menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini di bawah kendalian jurulatih baharu, Peter Cklamovski.