Christophe Gamel Ucap Selamat Tinggal Kepada Pemain Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Susulan prestasi tidak menentu Sri Pahang dalam saingan Liga Super, pengendalinya, Christophe Gamel difahamkan bakal melepaskan jawatannya.

Perkara ini disahkan oleh penulis The Star, T. Avineshwaran melalui satu ciapan di laman twitter miliknya. Christophe Gamel dikatakan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada para pemain Sri Pahang dan mengucapkan ‘All The Best’ dalam mengharungi baki kempen Liga Malaysia musim ini.

Difahamkan Gamel dan pengurusan Sri Pahang sudah mengadakan perbincangan mengenai masa depan pengendali dari Perancis itu bersama skuad Tok Gajah. Persetujuan bersama dikatakan sudah dicapai mengenainya.

Advertisements

Dalam saingan Liga Super, Sri Pahang kini berada di zon penyingkiran apabila berada di tempat kedua terbawah iaitu di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan bertanding. Sri Pahang mengalami kemarau kemenangan apabila mereka gagal menang dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Walaupun menampilkan aksi terbaik ketika mengikat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 18 Mei lepas, mereka gagal meneruskan aksi cemerlang selepas tewas tiga kali berturut-turut selepas itu.

Untuk rekod, Cristophe Gamel merupakan jurulatih dari benua eropah ketiga yang dilucutkan jawatan daripada mengendalikan pasukan Liga Super. Jurulatih pertama yang dipecat ialah Risto Vidakovic yang melatih Melaka United diikuti bekas jurulatih Penang FC, Thomas Trucha.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram