Ads
EPL
Vibes Foot

Selepas menyertai Liverpool pada Januari lepas, Cody Gakpo kelihatan bergelut tatkala Reds berdepan masalah kemerosotan prestasi. Tetapi bekas penyerang PSV Eindhoven itu tetap bertegas bahawa Liverpool merupakan pilihan tepat sebagai kelab besar.

Advertisements

Penyerang Belanda itu mengakui ada berbincang dengan bos lamanya di Eindhoven, Ruud van Nistelrooy tentang perpindahan ke Manchester United. Tetapi menurutnya, van Nistelrooy dikatakan mengetepikan sentimen terhadap kelab lamanya itu dan menasihati Gakpo agar membuat pilihan yang tepat.

Advertisements

“Sejujurnya, saya ada bercakap dengan beliau (van Nistelrooy) tentang (Manchester) United pada musim panas apabila perpindahan bakal berlaku.

Advertisements

Advertisements

“Tetapi pada musim sejuk, ia tak berlaku. Itu merupakan hajat Ruud untuk melihat saya pergi ke kelab besar – dan saya fikir telah mencapainya bersama Liverpool,” katanya kepada akhbar Liverpool Echo.

“Terdapat banyak spekulasi pada musim panas. Itu merupakan tetingkap pertama tentang kemungkinan berlakunya perpindahan dan ya, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya.

Advertisements

“Tetapi kemudian, ada satu detik bila saya katakan, ‘Lupakan semua ini, berikan yang terbaik dan mungkin perpindahan ini berlaku pada musim panas seterusnya atau pada musim sejuk ini. Itu yang saya cuba lakukan dan ia menjadi,” tambahnya.

Advertisements

Di sebalik penegasan yang dibuat penyerang Belanda itu, van Nistelrooy masih merasakan ia satu kesilapan. Dan setakat ini, Gakpo masih belum menjaringkan gol buat Reds – sesuatu yang cuba diubah dalam perlawanan menentang Everton di Anfield pada 14 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram