Corbin-Ong Sempat Buat Analisis 1 Saat Sebelum Jaringkan Gol
Dunia
AZRIHAZIQ/MAKANBOLA
Advertisements

Pertahanan sensasi kebangsaan, La’Vere Corbin-Ong berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam pentas sulung saingan Kumpulan E, kempen Kelayakan Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia dan Turkmenistan semalam.

Jaringan bergaya oleh Corbin memastikan Malaysia meraih tiga mata penuh, menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 3-1.

Pada minit ke-47 permainan, pertahanan Johor Darul Ta’zim itu telah membuat satu larian deras dari bawah menuju ke kubu lawan. Gerakan solo Corbin telah disudahkan dengan satu rembatan kencang, menewaskan penjaga gawang Turkmenistan, Orazmuhammedov Mammet.

Advertisements
https://twitter.com/astroarena/status/1534535042139009024?s=21&t=1OERQGPeUTZRnKCBaIV1qQ

Reaksi gembira dan teruja jelas terpancar di wajah Corbin yang mengakui jaringan tersebut merupakan gol terbaiknya sepanjang karier.

“Ini kali pertama di Malaysia saya menjaringkan gol seperti itu. Apapun saya lebih gembira kerana jaringan itu dapat membantu pasukan.”

“Setakat hari ini, itu adalah gol terbaik yang berjaya saya hasilkan. Mungkin dikemudian hari, akan ada lagi gol terbaik yang saya jaringkan. Setiap jaringan itu adalah penting dan setiap jaringan adalah buat pasukan.”

Advertisements

Ketika ditanya berkenaan tindakan beliau yang melakukan rembatan terus berbanding menghantar bola ke bahagian sayap kepada Arif Aiman atau Faisal Halim, Corbin menyatakan bahawa beliau melihat peluang yang lebih cerah untuk meledak.

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk terus melepaskan rembatan ke gawang Turkmenistan.

“Daripada pemerhatian saya, ketika itu adalah serangan tiga berbalas dua. Saya lihat dua pertahanan Turkmenistan sudah ‘drop’ terlalu kebawah. Sekiranya saya tak beri bola itu awal, peluang itu sudahpun tertutup.”

Advertisements

“Lagipun tiada siapa yang minta bola kepada saya dan ketika itu saya sudah berada di dalam kawasan kotak penalti. Saya yakin saya mampu untuk meledak dan akhirnya jaringan terhasil,” ujar Corbin kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Kemenangan skuad kendalian Kim Pan-gon pada semalam bakal menjadi tonik tambahan buat Harimau Malaya sebelum bertemu Bahrain, pada Sabtu. Aksi kedua saingan peringkat kumpulan itu menyaksikan keputusan positif wajib diraih skuad kebangsaan dalam usaha melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram