Asia
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan arahan agar kesemua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia di China diubah lokasi dan masa berikutan penularan coronavirus.

Perubahan ini berdasarkan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak China (CFA) dan ini bermakna 3 perlawanan awal Liga Juara-Juara akan diubah lokasinya ditempat lawan sehinggalah keadaan kembali stabil.

“Keputusan ini dibuat beserta hasil perbincangan dengan kelab berkaitan merupakan satu langkah berjaga-jaga yang diambil untuk memastikan keselamatan kesemua pemain dan pasukan,” jelas pihak AFC.

Advertisements

Coronavirus telah membunuh lebih 130 nyawa dan lebih 6000 orang terkesan dan dijangkiti virus ini.

shanghai afc Coronavirus: Perlawanan Liga Juara-Juara Melibatkan Kelab China Diubah Lokasi dan Jadual

Berdasarkan jadual baru ini, Beijing Guon akan memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan menentang FC Seoul pada 11 Februari kemudian menentang Melbourne Victort pada 3 Mac di Melbourne.

Perlawanan kedua Shanghai SIPG akan berlangsung di Korea Selatan pada 19 Februari dan mereka akan menentang Yokohama F Marinos di Tokyo selepas itu.

Advertisements
JDT diundi dalam kumpulan G bersama Guangzhou Evergrande yang merupakan kelab dari China.

Lain-lain perlawanan melibatkan kelab China juga akan berlangsung ditempat lawan terlebih dahulu bagi mengawal penularan virus ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram