Dunia
Untitled design 2 3 Bintang Bola Sepak Eropah Sah Dijangkiti Covid-19
Advertisements

MAKANBOLA – Menurut sumber worldmeter.info, hari ini saja sudah lebih 276,125 kes COVID-19 telah tercatat di seluruh dunia. Untuk pengetahuan abang-abang bola sekalian, COVID-19 atau lebih dikenali sebagai Coronavirus merupakan virus berbahaya yang menyerang sistem pernafasan manusia. Berdasarkan maklumat terkini, virus ini boleh berjangkit dari individu ke individu lain melalui titisan pernafsan atau sentuhan. Virus ini boleh menyerang sesiapa saja termasuk pemain bola sepak. Whatttt? Pemain bola sepak yang mengamalkan gaya hidup sihat pun boleh dijangkiti? Jawapannya, yessssssssssss! Berikut adalah pemain bola sepak antarabangsa yang sah positif dijangkiti oleh virus ini.

Sumber: worldmeter.info/coronavirus – “Statistik kes COVID-19 pada hari ini, 21/03/20.”

1. Daniele Rugani (Juventus)

Daniele Rugani merupakan pemain bola sepak profesional kelahiran Itali yang bermain sebagai centre back untuk pasukan Juventus dan pasukan kebangsaan Itali. Juventus telah mengesahkan bahawa Daniele Rugani positif dijangkiti virus corona rabu lepas. Hal ini juga disahkan oleh Daniele Rugani sendiri melalui twiter miliknya. Menurut sumber terbaru, virus itu juga telah menjangkiti buah hatinya, Michela Persico yang tengah mengandung.

You’ve read the news, so I want to reassure everyone who’s worried about me, I’m fine,” Rugani
Juventus defender Daniele Rugani was the first Serie A player to test positive for coronavirus and his girlfriend revealed she is pregnant. “I hope it won’t affect the baby.” Persico

2. Blaise Matuidi (Juventus)

Juventus juga telah mengesahkan bahawa pemain tengah mereka, Matuidi sah dijangkiti virus corona. Matuidi pemain yang pernah membantu pasukan kebangsaan Perancis menjadi juara dunia pada 2018 ini menjadi pemain kedua Juventus yang disahkan positif selepas Daniele Rugani. Hal ini telah disahkan oleh Matuidi sendiri melalui akaun Instagram berkata ”I am positive, I am strong, morale is good!”

Advertisements
Instagram Blaise Matuidi

3. Callum Hudson Odoi (Chelsea)

Selepas berita mengenai pengurus pasukan Arsenal iaitu Mikel Arteta yang disahkan positif dijangkiti virus corona, kini penyerang pasukan Chelsea kelahiran Wandsworth, London, United Kingdom iaitu Hudson-Odoi pula disahkan positif dijangkiti virus yang sama. Hudson-Odoi menjadi pemain pertama Premier League yang disahkan positif. Hal ini telah disahkan oleh pasukan Chelsea sendiri melalui laman rasmi mereka. Menurut pengurus Chelsea, Frank Lampard, pemainnya (Hudson-Odoi) dalam proses recovery, perkembangannya sangat baik, dan hampir pulih sepenuhnya.

Frank Lampard says Callum Hudson-Odoi has made “great progress” since testing positive for coronavirus. -Fourfourtwo

Pesanan pemain simpanan!

Sebagai info tambahan semua liga bola sepak di eropah telah pun ditunda buat seketika untuk mengelakkan daripada penularan virus berbahaya ini. Ura-ura mengatakan jika keadaan semakin buruk, mungkin semua liga tidak akan disambung. Jika keadaan ini berlaku, Liverpool selaku pendahulu di liga perdana Ingerris mungkin akan kempunan sekali lagi menjulang piala EPL. Apa-apa pun ayuh sama-sama kita menyokong kempen “Stay at home” untuk mengurangkan penyebaran virus ini. Dan jangan lupa berdoa agar keadaan bertambah baik dan kita dapat kembali menikmati hujung minggu kita dengan perlawan bola sepak. Ohhhh, I miss football so much !!!!!!!!!!!

STAY AT HOME
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram