Cristiano Ronaldo Ketuai Pesta Gol Al-Nassr Belasah Al-Adalah
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo sekali lagi memberi impak yang cukup luar biasa bersama pasukannya apabila menjadi watak penting untuk menumbangkan Al-Adalah.

Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Rudi Garcia untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Momentum baik bekas peledak berbisa Manchester United ini berterusan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-40.

Advertisements

Beliau mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Al-Nassr di hadapan.

Ronaldo sekali lagi meledak untuk gol ketiga pasukan apabila ketenangannya melepasi pertahanan Al-Adalah dimanfaatkan menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol lawan.

Advertisements

Al-Nassr menambah derita lagi apabila meledak dua lagi gol untuk mencatatkan kemenangan 5-0.

Keputusan ini menyaksikan kapten pasukan kebangsaan Portugal ini membawa pasukan mengekori rapat pendahulu liga, Al-Itthihad yang bekelebihan satu mata.

Advertisements

Cristiano sudah menjaringkan 9 gol dan mencatat dua bantuan gol selepas 8 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram