Advertisements
Cristiano Ronaldo Kini Jadi ‘Ejen’ Pemain Eropah Ke Liga Arab Saudi
Asia
MakanBola
Al-Nassr FC

Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dirinya menjadi punca ramai pemain bola sepak Eropah mula berhijrah ke Liga Arab Saudi. Ronaldo menyifatkan keputusannya untuk menyertai kelab Arab Saudi berjaya menarik perhatian para pemain Eropah.

“Saya 100% yakin tidak akan kembali ke kelab Eropah. Saya membuka jalan ke Liga Arab dan sekarang semua pemain mahu datang ke sini.” ujar Ronaldo menurut Fabrizio Romano.

Terbaharu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, Alex Telles semakin hampir menyertai kelab Al-Nassr. Manakala bintang Manchester City, Riyad Mahrez menjadi buruan kelab Al Ahli yang menawarkan yuran perpindahan sebanyak £18 juta kepada Manchester City.

Ronaldo juga merasakan kehadiran beliau mampu melonjak populariti kelab dan liga.

“Sewaktu saya menyertai Juventus, Serie A tidak hidup (kurang mendapat sambutan) dan selepas saya berpindah ke Itali, ia seakan hidup kembali. Kemana Cristiano pergi dia berjaya meningkatkan minat orang luar.” ujar Ronaldo.

Ronaldo turut mengakui Liga Arab Saudi adalah lebih baik berbanding Liga Amerika (MLS).

Ronaldo yang kini telah berusia 38 tahun telah mencetak 14 gol dan 2 bantuan jaringan dalam 16 perlawanan liga bersama Al-Nassr. Kelab tersebut berjaya menamatkan saingan liga ditangga kedua liga pada musim lepas.

Liga Arab Saudi kini sudah mula dipenuhi dengan nama pemain-pemain bintang Eropah. Antaranya Marcelo Brozovic, N’Golo Kante, Karim Benzema, Sergej Milinkovic-Savic, Jota, Ruben Neves dan ramai lagi.