Cristiano Ronaldo Manusia Pertama Raih 400 Juta Pengikut Di Instagram
MakanBola
AP/TheSun

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo kini menjadi manusia pertama di dunia yang berjaya mencapai 400 juta jumlah pengikut di Instagram. 

Pada Januari 2020, pemain kelahiran Portugal itu menjadi orang pertama yang mencapai 200 juta pengikut. Kini angka pengikutnya di Instagram itu telah berganda dalam tempoh dua tahun.

Jika dilihat menerusi perkongsian yang dibuat Ronaldo di Instagram, kebanyakannya adalah mengenai keluarga, bola sepak dan jenamanya sendiri iaitu CR7. Hantaran terbaru Ronaldo ketika menyambut hari lahirnya yang ke-37 tahun pada Sabtu lepas telah mendapat likes mencecah 14 juta.

Bekas penyerang Real Madrid itu diberi penghormatan di anugerah FIFA The Best pada bulan lepas selepas menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah pertandingan FIFA dengan 115 ledakan gol.

Dalam pada itu, Lionel Messi menjadi pemain bola sepak kedua dalam senarai paling banyak pengikut di Instagram dan baru-baru ini diraikan dengan mempunyai 300 juta pengikut. Penyerang Paris Saint-Germain itu berada pada kedudukan ketiga dalam senarai 10 orang manusia palig ramai diikuti.

Menurut artikel yang dikeluarkan ESPN, berikut merupakan Top 10 Jumlah Pengikut Terbanyak Instagram Di Dunia:

1. Cristiano Ronaldo (Pemain Bola Sepak) – 400 Juta

2. Kylie Jenner (Model) – 309 Juta

3. Lionel Messi (Pemain Bola Sepak) – 306 Juta

4. Dwayne Johnson/The Rock (Pelakon) – 295 Juta

5. Selena Gomez (Penyanyi dan Pelakon) – 295 Juta

6. Ariana Grande (Penyanyi dan Pelakon) – 294 Juta

7. Kim Kardashian (Model) – 284 Juta

8. Beyonce (Penyanyi) – 237 Juta

9. Justin Bieber (Penyanyi) – 219 Juta

10. Khloe Kardashian (Model) – 219 Juta