Cristiano Ronaldo Terima Kad Merah, Al-Nassr Terus Hampa
Asia
Al Nassr Studio
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kembali menarik perhatian peminat bola sepak ekoran tindakannya dalam aksi separuh akhir Saudi Super Cup awal pagi ini.

Bekas penyerang Manchester United itu dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas beliau dikesan menyiku pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi pada minit ke-86.

Perlawanan mula panas membabitkan kedua-dua pasukan tatkala Al-Nassr ketinggalan 2-0 pada ketika itu.

Advertisements

Apabila bola terkeluar dari padang, Al-Bulayhi didakwa memprovokasi Ronaldo dengan menghalangnya daripada melakukan lontaran ke dalam.

Ini mengakibatkan kedua-duanya bertelagah sebelum legenda Portugal itu bertindak menyiku pemain pertahanan berusia 34 tahun itu.

Tindakan Ronaldo menyebabkan pemain kedua-dua pasukan bertelagah sebelum dileraikan pengadil. Bekas penyerang The Red Devils itu kemudiannya dilayangkan merah atas apa yang berlaku.

Advertisements

Ronaldo yang berang dilihat menunjukkan penumbuk ke arah pengadil sebelum berjalan ke luar padang. Tindakan beliau dikecam ramai peminat bola sepak di media sosial.

Al-Alami mendapat gol saguhati menerusi bekas pemain sayap Liverpool, Sadio Mane pada minit ke-99. Malangnya, gol tersebut tidak cukup untuk menghalang mereka disingkirkan oleh Al-Hilal.

The Blue Waves berjaya mara ke final menerusi gol Malcom dan Salem Al-Dawsari pada babak kedua. Mereka bakal berdepan Al-Ittihad di pentas final pada 12 April ini.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Ronaldo mengalami masalah disiplin di Arab Saudi. Sebelum ini, beliau pernah digantung satu perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) kerana menunjukkan isyarat lucah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram