Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ City bakal diambil alih oleh salah sebuah pasukan namun akhirnya tidak menemui titik persamaan.

Advertisements

Sebelum ini, bekas Presiden PJ City FC, Dato’ Seri Subahan Kamal pernah memaklumkan bahawa pihak beliau menerima secara terbuka buat mana-mana pihak yang mahu menggantikan posisi mereka di Liga Super.

Namun begitu, pihak tersebut perlulah kekal menggunakan nama PJ City sekiranya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Ini sekaligus menyaksikan kelab kekal tidak mengambil bahagian dalam saingan Liga Super 2023 hanya terarah kepada 14 pasukan seperti yang dimaklumkan pagi tadi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram