Cubaan bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi yang mahu berpindah keluar daripada kelabnya telah pun didedahkan oleh rakan baiknya sendiri.
Seperti yang sedia maklum, khidmat lagenda bola sepak itu terus diburu oleh beberapa kelab ternama di Eropah namun difahamkan pemain berusia 35 tahun itu tidak berkeinginan untuk beraksi bersama kelab besar.
Beliau difahamkan mahu pulang ke negara asalnya dan beraksi buat kelab yang mula-mula mengangkat namanya selaku bintang dunia.
Menerusi satu pendedahan oleh sahabat baiknya dan juga rakan sepasukannya iaitu Sergio Aguero, kapten pasukan kebangsaan Argentina itu mahu menyertai kelab Newell’s Old Boys.
Walau bagaimanapun, pendedahan Aguero tersebut disangkal dengan cepat oleh bekas pemain Liverpool Maxi Rodriguez, yang menambah: ‘Kun adalah Kun. Dia tidak boleh berdiam diri. Kita akan lihat.”
“Sukar untuk bercakap tentang perkara ini kerana kemudiannya khabar angin akan dibuat. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku. Kami tidak akan mendahului fakta,” jelasnya.
Messi menjadi watak penting ketika membawa Argentina menjulang trofi berprestij dunia tahun lalu dan bakal memahat sejarah antara salah seorang pemain terbaik dalam generasinya.