Daniel Ting Sedia Galas Peranan Pemain Sayap
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting bersedia menggalas peranan sebagai pemain sayap sekiranya diminta berbuat demikian oleh jurulatih, Kim Pan-gon.

Masalah kecederaan menjejaskan persiapan Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Ad
Sponsors

Antara tonggak utama yang terpaksa disisihkan Pan-gon untuk skuad kali ini ialah Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Syihan Hazmi Mohamed.

Ad

Daniel mengakui kehilangan Faisal dan Arif amat dirasai kerana kedua-duanya merupakan tonggak utama negara di bahagian serangan sejak beberapa tahun lepas.

Pada masa sama, pemain berusia 31 tahun itu turut menyatakan kesediaan beraksi di bahagian sayap sebagai sekiranya diminta oleh Pan-gon.

Ad

Daniel dilihat tidak berdepan masalah bermain di posisi tersebut. Ini kerana jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kadangkala meletakkan beliau sebagai pemain sayap bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Ad

“Ya, sudah tentu. Kita perlu gantikan pemain-pemain sayap kerana amat jelas dua pemain (utama) kita (Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi) tiada di sini.  

Ad

“Tetapi jika jurulatih (Kim Pan-gon) mahu saya beraksi lebih ke hadapan, sudah tentu. Macam yang anda (wartawan) katakan, saya menggalas peranan lebih menyerang di Sabah.

“Tetapi kita juga ada pemain-pemain lain, pemain-pemain muda yang hadir dalam pasukan. Kita ada pilihan untuk mengisi posisi berkenaan bagi menggantikan pemain-pemain kita yang tersisih,” katanya kepada media di Wisma FAM hari ini.

Malaysia bakal menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun. Ini disusuli perlawanan menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.