Advertising
Dari FC Setia Alam Ke JDT, Nazrul Aqeef Sertai Akademi Harimau Selatan
Liga Super
MakanBola
@ShazwanWong

Selain merekrut pemain-pemain ternama, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga menunjukkan kesungguhan melahirkan bakat-bakat baru seperti Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin. Buktinya, JDT berjaya menarik pemain FC Setia Alam, Nazrul Aqeef Hairudin menyertai akademi Harimau Selatan.

Hal ini dikongsikan oleh pengurus pasukan berkenaan, Shazwan Wong di Twitter dan kelab di Instagram. Nazrul dikatakan memenuhi profil bek tengah berkaki kiri yang dicari akademi pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.

Ad

“Di bawah bimbingan Chris Nathan, Nazrul, 14, memenuhi profil pemain yang dicari JDT. Seorang bek tengah berkaki kiri. Nazrul juga tenang, kuat dan mempunyai kaki kiri yang hebat. Seorang lagi Feroz (Baharudin) dalam pembikinan. Kami mengucapkan selamat berjaya kepadanya,” katanya di Twitter semalam.

Ad

Sebaik berita ini didedahkan, ramai mengucapkan tahniah kepada Nazrul di media sosial dan berharap dia dapat memanfaatkan peluang berlatih bersama pasukan berkaliber itu.

Tambah Shazwan lagi, Nazrul berjaya memikat hati peninjau-peninjau bakat JDT selepas tampil dalam satu sesi percubaan tertutup. Ini selepas seorang pengguna bertanya bagaimana pemain itu direkrut oleh kelab berkenaan.

Ad