Darren Lok Dan Kumaahran Buktikan Penyerang Tempatan Juga Ada Kualiti Dan Boleh Diharap
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Persembahan yang dipamerkan oleh duo jentera serangan pasukan PJ City, Darren Lok dan juga S. Kumahran membuktikan kemampuan barisan serangan tempatan untuk menyerlah.

Petaling Jaya (PJ) City mempamerkan permulaan yang cukup baik pada musim ini apabila berjaya untuk mengekalkan persembahan dengan lebih konsisten berbanding sebelum ini.

Bahkan, ketua jurulatih pasukan,P. Maniam dalam satu temubual oleh Makanbola menjelaskan, perancangan pasukan adalah untuk terus memantapkan setiap posisi dalam pasukan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pasukan yang berpangkalan di Petaling Jaya itu beraksi dengan cukup baik apabila hanya tewas sekali dalam 4 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Namun begitu, terdapat dua individu di barisan serangan yang menjadi nadi bagi pasukan untuk terus mencetak gol.

Baru-baru ini, Darren Lok yang juga merupakan bekas penyerang pasukan JDT membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya apabila menjaringkan 3 gol ketika membenam cabaran pasukan Terengganu FC di halaman sendiri.

Advertisements

Penyerang berusia 30 tahun itu menjadi watak penting dengan terus menghukum kealpaan barisan pertahanan skuad kendalian Nafuzi Zain yang masih tidak mendapat rentak terbaik.

Ketajamannya terserlah apabila menyudahkan peluang-peluang terbaik di hadapan gawang.

Selain itu, seorang lagi pemain yang harus menerima pujian ialah aksi S. Kumaahran yang turut menjadi aset terbaik pasukan ketika ini.

Advertisements

Bekas bintang Melaka United ini merupakan penjaring gol tunggal pasukan ketika menentang bekas majikannya sebelum menambah koleksi gol ketika menentang Sabah FC.

Pemain muda berusia 25 tahun ini memiliki kemampuan dan teknikal yang sangat baik untuk menyudahkan peluang sungguhpun dari sudut yang sukar.

Kecemerlangan dua pemain ini telah meletakkan pasukan kini di tangga ketiga liga dengan 6 mata secara keseluruhannya.

Advertisements

PJ City akan turun menentang Sri Pahang malam ini dalam usaha untuk memungut 3 mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram