Darren Lok Imbau Kenangan Dikritik, Bangkit Luar Biasa Dengan Cara Tersendiri
Dunia
Khairul Akma / MakanBola
Advertisements

Penyerang berbisa negara, Darren Lok mengimbau kembali kenangan beliau pernah dikritik lagenda bola sepak negara, mendiang Shebby Singh suatu masa ketika dahulu.

Dalam rancangan Bola Itu Life yang dikendalikan oleh Faiz Gurun dan Keesh Mat Stats, Darren Lok telah berkongsi sedikit cerita selepas Malaysia dikecewakan di pentas AFF Suzuki pada tahun 2016.

Ketika itu skuad Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee telah tewas keatas Myanmar dan Vietnam dalam saingan kumpulan B seterusnya tidak melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Advertisements

“Saya rasa saya ingat ketika kita tidak layak ke pusingan kalah mati, saya lihat semua orang kecewa. Kami kembali ke hotel dan tiba-tiba telefon saya penuh dengan notifikasi dan saya lihat video kritikan tersebut.” 

“Ia amat berat untuk diterima kerana saya rasa saya seorang pemain yang masuk ke padang dan berikan seratus peratus komitmen. Kadang-kadang tak menjadi dan kadang-kadang ia berjalan dengan sangat baik.”

Bagaimanapun, Darren Lok akui dengan kritikan membina itulah beliau kembali bangkit dan menjadi seorang pemain yang bagus pada hari ini.

Advertisements

“Tetapi untuk melihat apa yang beliau katakan adalah seperti untuk memberitahu seluruh negara. Orang-orang yang mendengar ini boleh jadi mereka mempunyai pandangan yang sama kerana apa yang telah dikatakan oleh seseorang.”

“Ia adalah sesuatu yang sukar untuk diambil. Saya berhenti bermain dari media sosial untuk seketika. Apapun saya rasa jika kritikan itu tidak berlaku, mungkin ia tidak akan menjadikan saya orang yang paling kuat hari ini.”

Aksi luar biasa yang ditampilkan Darren Lok tempoh hari telah membantu pasukan Harimau Malaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia. Selain menjadi penggerak utama bahagian serangan kem kebangsaan, beliau turut berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menundukkan Bangladesh 4-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram