Darren Lok Kini Pesaing Sengit Bekas Penyerang Marseille
AFC Cup
Sabah & Mfcbulls
Advertisements

Penyerang kebangsaan dan Sabah FC, Darren Lok terus mendapat perhatian sewajarnya dari segenap penjuru Asia selepas memperagakan aksi konsisten bersama pasukan.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi tunjang utama pasukan yang beraksi di pentas Piala AFC 2023 dengan merekodkan dua kemenangan bersih.

Beliau diberi kepercayaan penuh oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk membentuk gandingan bersama Ramon Machado dan Saddil Ramdani bagi mengemudi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Pemain kelahiran England ini tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya meledak 4 gol dalam dua penampilan di Piala AFC.

Darren menjaringkan dua gol ketika berdepan Hougang United sebelum kembali meledak dua lagi jaringan ketika menumbangkan PSM Makassar di Indonesia.

Menurut kemas kini oleh AFC, Darren kini meledak 4 goal dan terikat dengan penyerang berbisa Shintaro Shimizu sementara dikejar rapat oleh bekas penyerang Ligue 1, Valare Germain yang beraksi buat kelab A-League, Macarthur.

Advertisements

Penyerang berusia 33 tahun itu juga merupakan bekas penyerang berbisa Marseille dan Montpellier di Perancis dan kini memulakan kehidupan baharu di Asia.

Sabah FC akan berdepan Hai Phong pada 25 Oktober 2023 dengan kudrat Darren sudah pasti menjadi sandaran pasukan untuk merobek gawang kelab Vietnam tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram