Saddil Ramdani Jadikan Sabah Bualan Hebat Di Asia
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Sabah FC, Saddil Ramdani terus menjadi bualan hebat selepas memperakan aksi yang cukup konsisten di pentas Piala AFC 2023.

Bintang kelahiran Indonesia itu memainkan peranan penting dalam dua aksi di pentas Asia itu yang menyaksikan The Rhinos mengekalkan rekod bersih.

Jangan lupa subscribe Youtube MakanBola

Pemain berusia 24 tahun itu berada dalam percaturan penting Ong Kim Swee dan memainkan watak penting terutamanya ketika membenam kelab Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-0.

Advertisements

Beliau dinobatkan selaku pemain paling cemerlang pada perlawanan tersebut selepas merekodkan 3 bantuan gol selain memenangi hampir kesemua pertarungan bola di atas padang.

Saddil dinilai paling tinggi iaitu 9.4 manakala dua lagi rakan sepasukan, Darren Lok dan Stuart Wilkin masing-masing dengan 8.4 dan 8.2 penilaian.

Advertisements

Menurut statistik yang dikongsikan oleh AFC, bekas pemain Bhayangkara ini pemain perancang terbaik bagi aksi minggu kedua.

Pemain lincah ini merekodkan 6 penghasilan peluang sementara diikuti rapat oleh seorang lagi pemain Liga Malaysia, Habib Haroon yang mewakili Terengganu FC.

Advertisements

Kecemerlangan beliau telah menjadi taruhan Indonesia terutamanya ketika membantu Sang Garuda membenam cabaran Brunei tempoh hari.

Indonesia sekali lagi bakal melayan kunjungan Brunei dalam usaha memungut mata penting FIFA untuk melonjakkan kedudukan pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram