Penyerang berbisa Petaling Jaya City, Darren Lok mahu terus berusaha meningkatkan lagi prestasinya untuk persiapan dalam saingan yang akan datang.
Pemain kacukan England-Malaysia itu berharap tidak berputus asa dan terus memperagakan aksi yang mantap untuk mengemudi jentera serangan kelabnya mahupun pasukan negara.
Sehingga kini, Darren sudah berjaya meledak tujuh gol dalam sembilan penampilan. Di mana lima gol berjaya dijaringkan dalam saingan Liga Super manakala lagi dua jaringan berjaya dicetak dalam saingan Piala FA.
“Untuk saya, saya akan terus bermain bola sepak dan lebih banyak permainan akan membantu saya untuk mempertajamkan lagi aksi saya di atas padang,” ujarnya.
“Saya berharap untuk terus menyumbang di pasukan PJ City serta pasukan kebangsaan.”
“Musim ini adalah antara musim yang baik untuk saya dari segi jumlah jaringan gol,” katanya kepada Harimau Malaya.
“Tetapi kami turut memiliki pemain yang cukup berkualiti yang juga mampu menjaringkan gol tetapi kami perlu memperbaiki keputusan.”
Bekas pemain JDT ini turut cemerlang memimpin jentera serangan pasukan PJ City apabila sudah menghasilkan lima gol setakat ini.
Kecemerlangan prestasi Darren sudah pasti bakal jadi taruhan Pan-gon pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.