Ketajaman Naluri ‘Poacher’ Darren Lok Buatkannya Tak Henti Jaringkan Gol
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Penyerang pasukan Petaling Jaya City FC, Darren Lok terus terbukti apabila beliau cemerlang mecetak nama selaku penjaring gol buat pasukannya.

Pemain kelahiran Hailsham, England ini menjadi watak utama pasukan kendalian P. Maniam apabila ketajamannya menjadi nadi pasukan ketika ini.

Kelibat penyerang berusia 30 tahun itu sering kelihatan membarisi kesebelasan utama pasukan apabila beliau telah beraksi dalam kelima-lima perlawanan Liga Super musim ini.

Advertisements

Malah, peranan yang dimainkan oleh bekas penggempur JDT ini sentiasa menjadi mimpi ngeri buat barisan pertahanan yang perlu berhadapan dengannya.

Sebelum ini, Darren terlepas peluang untuk membarisi senarai 30 orang pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat bersama Harimau Malaya selepas beliau disahkan positif COVID-19.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus memperagakan aksi yang mantap untuk mengemudi jentera serangan pasukannya.

Advertisements

Kini, Darren sudah pun menjaringkan 4 gol dalam 5 penampilan Liga Super selain melakukan satu bantuan gol.

Sungguhpun pasukannya tewas kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1 baru-baru ini, beliau kekal mencetak nama selaku penjaring pasukan.

Beliau juga sudah menjaringkan satu gol dalam penampilan Piala FA musim ini.

Advertisements

Ketajaman penyudah penyerang kebangsaan ini sudah pasti mendapat perhatian oleh Kim pan-gon dalam usaha untuk mencari penggempur utama negara menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram