Darren Lok Tekad Julang Malaysia Ke Piala Asia
Dunia
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok tekad untuk berikan yang terbaik menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh.

Beliau mahu melupakan segera episod kekalahan di tangan Bahrain untuk kembali menemui rentak kemenangan sekaligus melayakkan pasukan ke Piala Asia 2023.

Mengulas berkaitan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain, Darren berpendapat pasukan Harimau Malaya telah menunjukkan satu corak permainan yang amat cantik dan berkualiti.

Advertisements

“Ya, kita bermain dengan baik namun kita tewas kerana beberapa kesilapan. Namun itu bukan penghalang untuk terus bangkit dalam perlawanan mendatang kerana semua pemain mahukan kemenangan.”

“Saya akan berikan sepenuhnya ketika di atas padang dan ikut segala arahan serta taktikal jurulatih kerana kita masih berpeluang untuk layak ke Piala Asia.”

Ditanya mengenai perasaannya ketika ditukarkan pada babak kedua permainan, Darren merasakan perkara itu adalah lumrah dalam bola sepak kerana pertukaran itu semestinya untuk menambah kekuatan pasukan.

Advertisements

“Untuk saya adalah menjadi kebiasaan pada babak kedua ada banyak pertukaran pemain. Jurulatih mahukan tenaga baru dan fresh leg untuk mengukuhkan lagi pasukan. Saya tak rasa tindakan itu silap kerana kita harus percaya kepada kebolehan pemain-pemain lain,” ujar Darren kepada MakanBola usai perlawanan pada semalam.

Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan Bangladesh dalam usaha merebut slot ke pentas Piala Asia 2023. Ujian getir buat anak buah Kim Pan-gon pada Selasa dalam misi wajib menang berdepan Bangladesh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram