Dato’ Dollah Salleh Ubah Steven Rodriguez Jadi Singa
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Penyerang berbisa Sri Pahang FC, Steven Rodriguez makin serius menunjukkan belang jaringan apabila beliau meledak dua gol buat pasukan Sri Pahang ketika aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam. 

Pemain muda yang berusia 24 tahun itu telah meleburkan impian pasukan pelawat, Kedah FC untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata di Stadium Darul Makmur. Gol bergaya itu sekali gus memberi kemenangan buat skuad kendalian Dollah Salleh. 

Ad
Sponsors

Percaturan pengendali Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh dengan mempertaruhkan Steven sebagai penyerang utama membuahkan hasil pada minit ke -32 permainan selepas membuat cip kemas sekaligus menghukum penjaga gol lawan, Ifwat Akmal.

Ad

Tidak cukup dengan itu, pada minit ke-67, Steven Rodriguez sekali lagi berjaya meledak gol yang kedua buat pasukannya. Gol itu terhasil bermula dari percubaan Hidalgo yang berjaya ditepis Ifwat namun bola jatuh dihadapan Rodriguez. Penyerang berbisa itu tidak mempersiakan peluang dengan merembat deras mengegarkan jaring.

Ad

Dua jaringan Rodriguez menjadikan Sri Pahang FC berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri, mengatasi Kedah FC, 2-0.

Ad

Untuk rekod, Steven Rodriguez telah dibawa masuk menggantikan Za’tara, secara pinjaman selama enam bulan dari kelab Divisyen Satu Colombia, Independiente Medellin. Ia merupakan aksi pertama buat beliau di Asia.