Dato’ Seri Vida Optimis Jadi Pemilik Baharu Kelantan FC
Liga Super
MakanBola
Instagram / datoserivida
Advertisements

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Hasmiza Othman ataupun lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida optimis mampu menjadi pemilik baharu Kelantan FC.

Meskipun berdepan dengan ahli perniagaan seperti Erfan Gym & Fitness yang dikhabarkan turut memiliki kedai Emas, Dato Seri Vida sedia bersaing secara sihat dan menyerahkan segala keputusan kepada pemilik asal, Norizam Tukiman untuk menentukan antara mereka siapa yang layak. 

Advertisements

“Saya tidak berganjak (serius mahu mengambil alih Kelantan FC). Saya tidak akan sesekali menarik diri daripada menjadi pemilik Kelantan FC.

“Apapun bersaing secara sihat dan terserah kepada pemilik Kelantan FC ketika ini untuk memilih siapa yang layak.

Advertisements

Tambahnya, perbincangan fasa pertama telahpun berjalan dengan sempurna, harga tetap masih belum ditentukan lagi. 

Bagaimanapun, Dato Seri Vida akui bukan suatu perkara mudah untuk menguruskan sesebuah kelab. Namun, beliau percaya sesebuah kelab bola sepak yang berjaya perlu ada perancangan yang teratur dari segi pembangunan akar umbi dan juga kelab utama agar bergerak seiring dengan visi dan misi kelab.

Advertisements

Beliau dalam pada itu tiada masalah untuk berhadapan dengan mana-mana pemain mahupun penyokong yang mana mahu memahami apa perancangan kelab yang dirancang olehnya. Beliau sedia untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul.

“Perbincangan pertama dengan Norizam sudah berlangsung pada Sabtu lepas. Harga pula masih dalam rundingan,” tambahnya.

Advertisements

“Perlu bergerak seiring antara kelab utama dan pasukan di peringkat akar umbi.

“Soal duit, perancangan buat pasukan dan bertemu dengan peminat serta pemain tiada masalah, kita boleh berjumpa,” katanya dipetik daripada Stadium Astro

Advertisements

News Comments Account