David Da Silva Selamatkan Maruah Persib Bandung
Dunia
Persib
Advertisements

Penyerang kelahiran Brazil, David Da Silva menjadi wira buat pasukannya apabila menjaringkan gol penting untuk mengikat Bali United dalam pertembungan epik semalam.

Perlawanan yang dibanjiri oleh layangan kad malam semalam menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk memperoleh jaringan awal.

Hasilnya, pasukan pelawat berjaya menyentap ego Persib Bandung apabila Novri Setiawan mencetak nama selaku penjaring gol buat Bali United.

Advertisements

Ia juga menjadi gol debut buat pemain itu bersama pasukan barunya selepas berpindah dari Persija Jakarta.

Tersentak dengan haringan tersebut, jentera serangan Persib Bandung yang diketuai oleh penyerang berusia 33 tahun itu bersama penyerang kebangsaan Indonesia, Ezra Walian terus mengganas.

Namun begitu, pasukan kendalian Robert Alberts terpaksa hampa tanpa sebarang jaringan dihasilkan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terus memburu jaringan penyamaan menerusi beberapa percubaan tepat.

Ini memaksa penjaga gol Bali United, Ridho melakukan beberapa usaha penyelamatan penting.

Usaha tak mengenal erti putus asa bekas penyerang berbisa Terengganu itu membuahkan hasil apabila beliau berjaya menembusi gawang gol lawan pada minit ke-79.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram