David Rowley Kongsi Rahsia Bergelar Pemain Bola Sepak Professional
Inspirasi
Villarreal Academy Malaysia
Advertisements

Pemain Sri Pahang, David Rowley berkongsi rahsia untuk bergelar pemain bola sepak professional kepada para pelatih di Akademi Villarreal Malaysia.

Dalam satu hantaran Akademi Villarreal Malaysia di laman Tiktok, David Rowley sempat berkongsi panduan kepada bakat-bakat cilik. Beliau turut memberi motivasi tambahan kepada mereka sebelum karier untuk bergelar pemain professional.

“Yang penting setiap hari mesti buat latihan tambahan dan dengar kata jurulatih. Kalau nak bersenam, tanya jurulatih kerana mereka-mereka ini ada pengalaman.

Advertisements

Tonggak Harimau Malaya yang berusia 33 tahun ini menjelaskan latihan tambahan amat penting bagi memperbaiki kualiti permainan. Beliau juga percaya cara ini amat membantu untuk meningkatkan prestasi serta potensi diri masing-masing.

“Setiap hari bila main dengan kawan, cuba setiap skills, drills dan shooting. Semua ini perlu buat extra dan mungkin semua ada peluang untuk jadi pemain professional satu hari nanti,” ujar David Rowley.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram