De Paula Berazam Bawa Melaka Kembali Ke Liga Super
Liga M3
Melaka FC
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula berazam untuk bawa Melaka kembali ke Liga Super musim hadapan.

Beliau menganggap beraksi di Liga M3 adalah cabaran baharu dalam karier bola sepaknya.

Penyerang Brazil itu mahu membuktikan sentuhannya masih berbisa dan akan memberikan segalanya buat Melaka.

Advertisements

“Saya akan bantu Melaka FC menjuarai Liga M3 dan layak ke Liga Super musim depan.

“Saya gembira dipinjamkan ke Melaka FC tidak kisah Liga M3 dilabelkan tidak setan­ding Liga Super. Saya mahu bermain baik dan melakukan sesuatu.

“Ini cabaran baharu buat saya. Tidak kisah main di liga amatur, ini pentas terbaik untuk saya buktikan kemam­puan sebenar.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau tekad meledak jaringan sebanyak yang boleh sekaligus mampu menjadi penjaring gol terbanyak di Liga.

Beliau amat komited untuk membantu Melaka mengembalikan bola sepak Melaka FC.

“Harap ini yang terbaik bukan untuk saya tetapi juga buat Melaka. Saya mahu menjaringkan sebanyak gol dan ini adalah sasaran saya.

Advertisements

“Melaka FC adalah pasukan baru saya dan saya akan buktikan sesuatu yang penting kemenangan dicapai dan paling utama layak ke Liga Super musim depan,” kata De Paula dipetik daripada Utusan Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram