De Paula: Kita Semua Dahagakan Kemenangan, Saya Akan Terus Berjuang
Dunia
Goal.com
Advertisements

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula hari ini telah tampil mengulas dan memberikan penjelasan berkaitan insiden yang melibatkan dirinya semalam. De Paula semalam dikatakan berang sebaik sahaja dikeluarkan pada minit ke-65 permainan ketika skuad negara menentang Kemboja.

Pemain kelahiran Brazil itu menjelaskan di IG Story miliknya bahawa beliau sentiasa menghormati keputusan jurulatih dan rakan sepasukan. Namun menurutnya beliau sedikit kecewa dengan prestasi semasa dirinya ketika ini.

“Saya sentiasa menghormati jurulatih dan rakan sepasukan. Sejujurnya saya kecewa sedangkan saya sudah memberikan 100 peratus yang terbaik di atas padang. Cuma kadang kala saya merasakan saya boleh buat lebih baik daripada itu.”

Advertisements

Sementara itu, De Paula yakin dan optimis untuk terus membantu skuad negara melakar kejuaraan bagi edisi kali ini. Tambahnya beliau dan rakan sepasukan akan terus berjuang demi mengharumkan nama Malaysia.

“Terus maju ke hadapan. Saya akan bekerja keras dan perbaiki diri sendiri dalam pasukan. Kita dahagakan kemenangan dan kita akan berjuang bersama untuk Malaysia.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram