Liga Super 2020 : Dua Jaringan De Paula Bantu Perak Bangkit di Gong Badak
Liga Super
Advertisements

Penyokong Terengganu pulang hampa selepas menyaksikan Perak bangkit selepas ketinggalan pada awal separuh masa pertama perlawanan. Shahrul Saad dan Guilherme de Paula muncul wira Perak menerusi 3 jaringan yang berjaya dihasilkan menewaskan penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli.

Terengganu kendalian Nafuzi Zain bermain dengan formasi 4-3-3 manakala Perak mengekalkan formasi asas mereka; 4-4-2. Seperti kebiasaan, Perak dan Terengganu bermain dengan sangat agresif dan provokatif sehingga memaksa pengadil, Zamzaidi Katimin melayangkan kad kuning sejak awal permainan lagi.

Separuh Masa Pertama

Perak memulakan perlawanan dengan melakukan serangan-serangan awal ke arah gawang Rahadiazli. Namun begitu, kecemerlangan Rahadiazli jelas dipamerkan biarpun Shahrul Saad berjaya melepaskan tendangan menerusi sepakan percuma namun hanya singgah di tiang gawang Rahadiazli.

Advertisements

Terengganu hanya memerlukan dua percubaan sahaja untuk menembusi gawang Perak. Sanjar Shaakhmedov yang tidak dikawal berjaya melepaskan ‘curling shot’ menuju ke bahagian dalam tiang kanan gawang Nasrullah Aziz pada minit ke-18 perlawanan.

Pada minit ke-40 perlawanan, Perak berjaya melakukan serangan pantas menerusi larian Shahrel Fikri sebelum diasak baik Arif Fadzilah sebelum pemain itu mengasari de Paula di dalam kotak penalti. De Paula mudah menewaskan Rahadiazli menerusi sepakan penalti yang menuju ke sudut atas kanan gawang.

Beberapa serangan cuba dihasilkan kedua-dua pasukan tetapi gagal menembusi pertahanan lawan masing-masing. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat 1-1.

Advertisements
Separuh Masa Kedua

Perak terus menekan Terengganu dengan taktikal ‘high pressing’ dan memaksa anak buah Nafuzi Zain mencipta serangan dari bawah. Taktikal ini tampak berkesan apabila Perak berjaya bangkit selepas 7 minit perlawanan berlangsung semula.

Kapten Perak, Shahrul Saad berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru Thierry Chanta Bin pada minit ke-52 perlawanan. Pemain berusia 27 tahun itu menanduk masuk bola melepasi Rahadiazli yang berketinggian 1.9 meter.

Perak sekali lagi meraih peluang terhidang pada minit ke-68 perlawanan menerusi larian de Paula ke arah gawang Rahadiazli. Walaupun begitu, Firdaus Saiyadi yang menerima hantaran de Paula yang melepasi dua pertahanan Terengganu gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Advertisements

Pada minit ke-79, Guilherme de Paula menyempurnakan malam gemilang Perak apabila merembat masuk hantaran penetratif Firdaus Saiyadi. De Paula yang keseorangan berjaya dikesan Firdaus Saiyadi sebelum bekas penyerang Kuala Lumpur itu melepaskan rembatan melepasi 3 pemain Terengganu.

Perlawanan tamat dengan kedudukan Terengganu tewas 3-1 kepada Perak. Malam gemilang Perak tampak menggembirakan penyokong mereka selepas dua jaringan mereka pada separuh masa pertama dibatalkan akibat ofsaid.

Man Of The Match : Guilherme de Paula

Advertisements

Kredit foto : Terengganu Football Club

https://www.youtube.com/watch?v=zk2UMUKkJGQ
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram