Debut Ajaib Takahiro Kunimoto Pukau Kelantan
Piala Malaysia
Advertisements

Pemain baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Takahiro Kunimoto membuat debut hebat untuk pasukan itu semasa mereka membelasah Kelantan FC 10-0 dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Kunimoto yang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama bukan saja tidak kekok beraksi di hadapan penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Malah, pemain berusia 25 tahun itu pantas mencipta keserasian bersama pemain-pemain JDT lain termasuk gandingannya di bahagian tengah, Safiq Rahim dan Juan Muniz.

Advertisements

Kunimoto bukan saja berjaya mencipta satu bantuan gol yang disudahkan Bergson pada minit ke-21. Selain itu, beliau juga berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-24 dan 37.

Lebih menarik, gol pertama Kunimoto juga merupakan gol ke-100 yang dijaringkan Harimau Selatan dalam musim 2023 seperti didedahkan penganalisis bola sepak bebas, Juan Budiman semalam.

Advertisements

Dengan impak yang diberi semalam, ramai menjangkakan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan berdepan tugas sukar menyekat JDT terutama Kunimoto pada 26 Ogos ini.

Ini kerana sekiranya Harimau Selatan menang pada hari itu, mereka akan menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram