Debut Berkualiti Declan Lambert Bersama Harimau Malaya
Dunia
famalaysia
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert pamer aksi cemerlang bagi debut pertamanya bersama Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam saingan King’s Cup 2022.

Pemain berusia 24 tahun ini dimasukkan pada minit ke-79 menggantikan Khuzaimi Piee di bahagian pertahanan tengah kiri sehingga tamat permainan.

Debut yang lebih bermakna buat dirinya apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dengan penyudah yang cukup berbisa. Beliau dilihat tidak gugup malah rembatan beliau cukup deras menerjah gawang gol.

Advertisements

Rata-rata peminat bola sepak Harimau Malaya cukup gembira dengan gaya bersahaja beliau ketika mengambil sepakan penalti.

Ketenangan serta kematangan yang ditampilkan sepanjang perlawanan semalam cukup membuktikan bahawa beliau seorang pemain yang berkualiti tinggi.

Untuk pengetahuan, posisi asal pemain kacukan ini adalah sebagai bek kanan dan beliau juga boleh beraksi di bek kiri.

Advertisements

Fleksibiliti yang ada pada pemain kelahiran Kuala Lumpur ini antara taruhan yang sangat diperlukan oleh Kim Pan-gon dalam skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram