Debut Rahman Daud Buktikan Graduan AMD Bukan Kaleng-Kaleng
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain muda Selangor FC, Abdul Rahman Daud telah diberi kepercayaan oleh pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2022 menentang KL City FC.

Anak muda yang berusia 18 tahun itu berjaya memperoleh aksi pertamanya dalam pentas Liga Super di Stadium Cheras pada semalam. Debut Rahman juga sekaligus mencuri tumpuan dan menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan.

Kemasukannya pada minit ke-80 permainan bagi menggantikan Baha Abdelrahman telah memberi ruang buat pemain kacukan Malaysia/Itali ini memperagakan aksi memukau. Walaupun hanya diberi peluang untuk bermain sekitar 10 minit, Rahman berjaya melakukan beberapa gerakan yang membahayakan kubu lawan.

Advertisements

Ketenangan dan kerajinan yang dimiliki graduan AMD ini membuktikan bahawa beliau sudah bersedia untuk beraksi di peringkat yang tinggi. Peluang yang diberikan Feichtenbeiner telah dimanfaatkan sebaik mungkin setelah kesungguhannya beberapa kali dilihat ketika mengasak pemain lawan.

Rahman bagaimanapun pada minit ke-91 permainan mendapat peluang keemasan namun lompatan dan tandukannya tidak cukup untuk menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza. Khidmat Rahman Daud pasti akan terus ditagih pasukan dan aksinya bakal dinanti-nantikan penyokong Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram