Declan Lambert Akui Gemuruh Namun Teruja Diberikan Kepercayaan
Dunia
famtv
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert mengakui gemuruh apabila ditugaskan untuk masuk menggantikan Khuzaimi Piee ketika menentang Thailand tempoh hari.

Namun, pada masa yang sama beliau teruja kerana diberikan kepercayaan untuk beraksi meskipun masa permainan berbaki 10 minit sahaja.

“Saya akui sangat gemuruh kerana ini merupakan debut pertama saya namun dalam masa yang sama saya teruja untuk melakukan debut pertama bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Ianya satu perkara yang positif apabila khidmat saya masih diperlukan meskipun masa permainan berbaki 10 minit.

Dalam pada itu, pemain berusia 24 tahun ini optimis untuk Harimau Malaya melakar kejutan lagi menentang pasukan yang berada di tangga ke-109 dunia iaitu Tajikistan.

“Saya berharap menentang Tajikistan nanti kita mampu melakar kejutan,”kata Declan dalam temubual bersama FAM di Youtube.

Advertisements

Malaysia akan berentap menentang Tajikistan dalam perlawanan akhir King’s Cup 2022 pada aahd ini jam 9:30 malam di Stadium 700th Annivesary of Chiang Mai, Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram