Demi Lencana Di Dada, Pemain Warisan Tak Kenal Apa Itu Putus Asa
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Lagenda bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menzahirkan rasa teruja atas pencapaian pasukan Harimau Malaya melayakkan diri secara merit ke pentas Piala Asia 2023.

Bekas pertahanan kanan pasukan Pahang ini juga bangga melihat melihat kemenjadian beberapa pemain warisan yang ada dalam skuad ketika ini membawa sisi baik bagi menambah kekuatan pasukan.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian turut bersetuju dengan hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu menyerap masuk lebih ramai pemain berdarah Malaysia untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisements

“Apa yang Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin nak buat itu saya setuju sangat berbanding menaturalisasikan para pemain luar. Malah pemain warisan seperti Corbin, Dion dan Matthew Davies telah menunjukkan bahawa mereka juga merupakan pemain yang bagus.”

“Malah boleh saya katakan, dengan penambahan lagi beberapa pemain warisan, saya fikir ia akan bantu memberi nilai tambah kepada skuad Harimau Malaya dalam mengharungi kempen Piala Asia 2023,” ujar Datuk Jamal kepada Sinar Harian.

Dalam aksi kelayakan Piala Asia tempoh hari, seramai lima pemain warisan iaitu Dion Cools, Junior Eldstal, Matthew Davies, Corbin Ong serta Darren Lok berada dalam skuad kendalian Kim Pan-gon. Mereka inilah yang turut menjadi tunjang kekuatan pasukan dalam meraih kejayaan, membawa nama Malaysia ke pentas Piala Asia 2023.

Advertisements

Beberapa individu lain yang dilihat turut berpotensi besar menyarung jersi Harimau Malaya kelak ialah Kobe Chong, Jaami Qureshi, Wan Kuzain, Wan Kuzri, Nataniel Hong Wan serta Natxo Insa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram