Detik Cemas Azlan Alias Hampir ‘Libas’ Petugas Sukan Asia
UltraSukan
UltraSukan
Utusan Malaysia
Advertisements

Detik cemas antara momen yang boleh diulang tayang pada aksi Sukan Asia apabila pemain handalan takraw negara, Azlan Alias hampir terlibas petugas semasa beraksi.

Situasi ini terjadi ketika aksi final takraw di Sukan Asia, Hangzhou yang menyaksikan skuad negara membawa pulang dua pingat perak selepas tewas kepada Thailand.

Advertisements

Perjuangan hebat Malaysia yang cuba bangkit untuk mengejar kedudukan Thailand pada babak kedua berlangsung baik.

Namun begitu, antara detik yang menjadi tumpuan apabila Azlan Alias mahu terus menghidupkan bola yang diangkat kurang kemas oleh rakan sepasukan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun bertembung dengan petugas yang berada di bahagian tepi gelanggang sekaligus menyebabkan usahanya tidak dapat diteruskan.

Advertisements

Azlan sempat mengelak daripada terlanggar petugad tersebut dengan tindakan beliau mendapat pujian para penyokong.

Bagi aksi tersebut, set pertama menyaksikan Thailand meraih mata pertama apabila menundukkan Malaysia 21-15 dalam tempoh 28 minit untuk meraih kelebihan memasuki ke set kedua.

Usaha bangkit pada set kedua berlangsung dengan sengit apabila Malaysia memberi tentangan hebat kepada regu Thailand namun terpaksa akur tewas 19-21 dalam tempoh 30 minit.

Advertisements

Pautan penuh: Petugas Sukan Asia hampir dilibas

Advertisements

News Comments Account