Ads
TV
Arthur Daily Rider/TikTok

Seorang penjaga gol terpaksa menutup mukanya yang merah padam kerana terlepas bola hingga membolehkan lawan menjaringkan gol.

Advertisements

Situasi ini berlaku dalam perlawanan Piala Datuk Seri Panglima (DSP) Dr Jeffrey G Kitingan membabitkan dua pasukan, LLRC dan Luta FC baru-baru ini.

Advertisements

Insiden yang tular di TikTok ini menyaksikan pemain pertahanan Luta FC menanduk bola ke arah penjaga gol.

Advertisements

Advertisements

Penjaga gol tersebut menyangka bola berada dalam kawalannya tetapi bola tersebut terlepas dari jangkauannya.

Ini memudahkan LLRC yang ketika itu mendahului 1-0 menggandakan kelebihan jaringan mereka selepas itu.

Advertisements

Insiden ini merupakan sebahagian daripada warna-warni Piala Datuk Seri Panglima (DSP) Dr Jeffrey G Kitingan.

Menurut laporan Daily Express, kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah RM25,000 kepada pemenang. Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 23 pasukan dari seluruh Tambunan.

Advertisements

Piala Datuk Seri Panglima (DSP) Dr Jeffrey G Kitingan turut menawarkan hadiah buat pasukan, penjaring gol, penjaga gol, pengurus pasukan dan penyokong terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram