Pertahanan kental Harini FT, Azmeer Yusof terus berbaki kepada pasukannya apabila beliau ditawarkan kontrak lanjutan bersama pasukan.
Bekas pemain Kedah Darul Aman ini berpindah daripada sebuah lagi pasukan M3, BRM FC pada jendela perpindahan lalu dan terus memainkan watak penting bersama pasukan.
Khidmat beliau jelas banyak membantu aksi mereka dan kini kehadiran jurulatih baharu, P. Maniam bagi saingan musim 2023.
Azmeer sebelum ini pernah membuat pengumuman persaraan pada Mei tahun lalu kerana ingin memberi tumpuan kepada pondok tahfiz yang dibukanya di samping beberapa perniagaan miliknya.
Namun begitu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik olehnya, pemain berusia 32 tahun itu bersyukur kerana masih ditawarkan kontrak bersama kelab tersebut.
“Di saat pemain-pemain lain masih tiada pasukan, saya masih ditawarkan kontrak. Alhamdulillah, ” ujar azmeer di laman tiktoknya.
Pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia sudah tentu bakal menjadi aset terbaik buat Harini FT pada musim hadapan.